Sunday, 17 August 2014

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN TEMAI

Majlis Sambutan Hari Raya peringkat sekolah merupakan tradisi bagi menghidupkan suasana sambutan Hari Raya di kalangan warga sekolah. Majlis ini telah diadakan pada 9 Ogos 2014. Sambutan ini melibatkan semua warga sekolah termasuk pekerja kebersihan swasta, pengawal keselamatan serta pihak kantin sekolah. Pelbagai hidangan dan juadah yang telah disediakan oleh warga sekolah. Majlis sambutan in secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim warga Sekolah Kebangsaan Temai.

Warga Sekolah Kebangsaan Temai


Aksi dan gelagat warga SKT
Prasekolah & Tahun 1

Tahun 2 & Tahun 3

Tahun 4 & Tahun 5

Tahun 6 & PKI




LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE CAMERON HIGHLAND

         Lawatan ini telah diadakan pada 23 - 25 Mei 2014 yang mana melibatkan murid-murid tahun 6, murid-murid Pendidikan  Khas  Integrasi  serta  ahli-ahli  KGKT.  Objektif  utama  program lawatan ini diadakan ialah memberi pendedahan  kepada murid mengenai  tempat-tempat  pelancongan di Malaysia di samping untuk menghilangkan sebentar tekanan dan  debaran calon-calon UPSR.  Antara tempat-tempat yang di lawati  ialah Bee Farm, Taman Agroteknologi  Mardi,  Taman Rama-rama, Pasar Malam  Brinchang, Ladang Strawberi,  Ladang Teh Boh Sungei Palas dan Cool Point Hotel (Dinner).

Taman Agroteknologi Mardi
Ladang Teh Boh
Cool Point Hotel
Agro Highland Chalet
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat serta para penyumbang bagi menjayakan program lawatan ini.